Wednesday, October 20, 2010

Kecoh Betol - My Name is Khan

semua orang tahu kan movie kat atas neyh. dibintangi oleh pelakon bollywood yang terbaik Shah Rukh Khan, Kajol.. terbaik lah movie neyh jadinya bagi kitaorang..kitaorang the Stiffmeister neyh dah tengok.pergh..walaupun dah lama keluar, tapi kitaorang xjemu kot tengok. banyak la pengajaran yang disampaikan dari cerita neyh. tersentuh hati gak la tengok movie neyh.. syabas kepada Karan Johar.


kisah nya bermula apabila Rizwan Khan yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan yang ingin bertemu dengan presiden Amerika untuk menyatakan bahawa nama saya Khan.dan saya bukan pengganas. mungkin ini adalah filem yang paling terbaik yang pernah dihasilkan dalam dunia. bukan senang untuk untuk membuat filem sebegini. tambahan pula jika bersaing dengan filem Hollywood yang lain. tapi cerita ini bagi kitaorang mampu untuk bersaing dengan cerita Hollywood yang lain.

semenjak lahir Rizwan Khan dilahirkan menjadi kanak-kanak yang mengidap Asperger sindrom. tetapi dia merupakan kanak-kanak yang pandai walaupun mengalami masalah ini. Disebabkan oleh kerana sindromnya, dy lebih mendapat perhatian dari ibunya. Ini membuatkan dia ttidak disenangi oleh adiknya Zakir. Zakir meniggalkan INdia untuk pergi ke Amerika selepas tamat pengajian nya dan menyambung pelajaran ke Amerika dan kerana cemburunya terhadap abangnya. Selepas kematian ibunya, Rizwan mengambil keputusan untuk ke Amerika untuk bertemu dengan adiknya. 

di Amerika, Rizu (nama panggilan emaknya kepadanya) menghadapi pelbagai kesusahan. Hal ini kerana, dia mengalami sindrom ini. tetapi dia cuba hadapi semua ini. Di Amerika dia berjumpa dengan Mandhira (Kajol) seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak, Sameer. sini Rizu belajar untuk sayang dan mencintai. selepas perkenalan mereka, Mandhira mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Rizu. 






Kebahgiaan mereka tidak lama, selepas kejadian 9/11. mereka mula dibenci kerana Amerika mengatakan Islam adalah pengganas. pelbagai dugaan terpaksa mereka hadapi. sehinggakan anak mereka, Sameer dibunuh kerana kejadian ini. Disini mulanya perjalanan Rizu untuk berjumpa dengan Presiden Amerika kerana desakan Mandhira yang tidak dapat berfikir kerana kehilangan anak yang disayangi. Mandhira menyatakan supaya Rizu berjumpa dengan Presiden Amerika dan menyatakan "my name is Khan.and I'm not a terrorist".





tanpa berfikir Khan memulakan perjalanan nya. sepanjang perjalanan nya.dia menghadapi pelbagai dugaan. tanpa menghiraukan nya., dia tempuhi semua itu dengan semangat dan janji yang dia pegang..



pss : korang tengok la ye..klau kitaorang cerita x best lah..hehe

No comments:

Post a Comment